Saturday, December 22, 2018

Kisah Keguguran Pertama Kali Dalam Hidupku

Assalamualaikum.
Sebelum tahun 2018 mengucapkan selamat tinggal, ada satu kisah yang saya nak kongsikan.
Sebuah kisah nyata yang tidak pernah ada dalam fikiran ini. Hanya mendengar dan menitip rasa sedih bila di atas ujian yang pernah dikongsi oleh orang lain.
Suatu ujian dan juga sebuah pengalaman yang paling berharga.
Di sini saya mahu kongsikan sebuah kisah KEGUGURAN yang dialami sendiri.
Moga ada manfaat untuk diambil bersama.

Tuesday, April 10, 2018

Kisah 20 minit masa terluang

Asssalamualaikum. 😂💖
Dah lama tak bersua bukan melupakan tapi hati tak rela. Chewah.
Sekarang tengah menunggu nak masuk kelas ni. Mencari idea untuk menghiburkan anak didik. Bukan untuk mengajar beria kerana mereka pasti terlena. Jadi strategi kena sentiasa berubah. Apa nak buat?
Hari ni sediakan latihan. Pelajar ni budak baik, ada yang suka macam ni. Ada yang masih di awangan. Tak mengapalah. Asalkan mereka mampu berjaya. Itu sahaja doa dari gurumu ini. Moga mereka sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.

Tuesday, July 28, 2015

Cerita Raya Yang Penuh Emosi Dan Tak Mungkin Dapat Dilupakan

Salam...
Selamat hari raya...
Macam mana raya anda semua? Meriah ke tak? Mestilah meriah dengan tema yang macam-macam warna kan. Baju semestinya rekaan terkini. Kalau yang ada anak pula, baju untuk anak-anak boleh kata satu almari penuh disediakan. Siang malam mencari baju yang cantik.
Raya bagi saya pula, biasa sahaja. Hanya untuk meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa. Bukan jawapan klise tau! Ikhlas daripada hati. Bila dah meningkat usia ni, perasaan untuk menyambut hari raya dah tak semeriah dulu. Tapi apa yang paling penting masa ni lah boleh menziarahi sanak- saudara.
Raya pertama, saya beraya kat rumah saudara atau lebih tepat lagi pak cik saya. Lepas tu pergi pula rumah mak cik dan sepupu. Tahun ni giliran beraya di rumah mertua. Tapi yang bestnya tetap beraya dengan saudara mara sebelah saya sendiri. Bagus kan encik suami, dia tak kisah pun beraya dengan keluarga siapa dulu atau kemudian.
Seronok sangat dapat beraya dengan pak cik dan mak cik. Bila pandang muka mereka dan tengok keadaan diri mereka, hati sangat tersentuh. Nampak sangat mereka dah semakin uzur. Keadaan tak bermaya. Walau tahu, ajal maut di tangan Tuhan dan tak mengira usia, tapi terasa sedih dalam hati. Risau dengan apa yang akan terjadi di depan hari. Macam tak bersedia lagi untuk menghadapi kemungkinan yang akan berlaku.
Raya bukan sahaja untuk kita menjamu selera di rumah terbuka. Apa kata kita luangkan masa menziarahi saudara mara kita yang masih ada. Kalau hari-hari biasa mungkin sukar untuk kita berjumpa. Jangan sampai kita berpeluang menziarahi jenazah mereka sahaja.

Monday, June 22, 2015

Luahan hati seorang ibu terhadap anak tercinta

Assalamualaikum dan selamat malam.

Masa saya menulis post ni, masa dah menunjukkan pukul 11.19 malam. Masa yang sepatutnya saya sudah menyulam mimpi. Biasa beginilah rutin harian saya. Tidur awal untuk bangun awal pagi nanti. Tambahan pula sekarang ni bulan mulia, Ramadhan Kareem. Tapi malam ni terpaksa korbankan masa menyulam mimpi. Ada banyak sebab. Sebab hakikinya, saya sebagai seorang ibu perlu memastikan anak-anak tercinta sudah terlebih dahulu tidur lena.Pastikan mereka sudah tidur berlapikkan tilam seadanya, berselimut bagi melindungi badan dari hawa sejuk. Baby kecil dah pun tidur. Alahai dia mengamuk sedikit sebelum tidur. Tidur jua sayangku. Si kakak belum mahu melelapkan mata.

Mengalir air mata saya melihat kakak. Dia sama sekali tidak mengerti. Dia masih kecil untuk memahami gelora dihati si ibu. Maafkan ibu sayangku! Baru sebentar tadi ibu marah teramat sangat kepada kakak. Kesalahan yang tidak sebesar mana. Besarnya dosa ibu terhadap kakak.

Kakak tak pernah salah


Saturday, May 23, 2015

Assalamualaikum.
Macam mana persiapan untuk menghadapi PT3 tahun ni?

Tuesday, May 12, 2015

Friday, May 8, 2015

Bagaimana mahu berubah???

Salam...

Sering kali bila timbul masalah, hati cepat rasa sayu.
masalah dan ujian semua datang daripada Allah SWT.
Masalah untuk menguji kekuatan diri dari dalam.
Ujian juga sebagai pencuci dosa-dosa silam.

Bila mana banyak masalah menimpa, hati terkenang dosa lalu.
Ya Allah izinkan diri ini untuk berubah.
Berubah ke arah kebaikan demi menghapus segala dosa.



Bagaimana mahu berubah?
Terasa tanpa sokongan insan-insan yang tersayang sukar untuk melaksanakannya.

Ya Allah!
Doa saja yang mampu aku lakukan.
Doa seikhlas hati.
Moga hidup sentiasa di bawah redhaMu.
Moga terus istiqomah.
Moga ada insan yang mahu memberi sokongan.

salam sayang,
Ilham Bonda Qaisara