Saturday, December 20, 2014

Mesin urut

Salam.... lenguh2 kaki , badan ni x de sape yg nk tlg...kesian kan...jadi sya survey la mesin urut kat encik google... pastu jumpa mcm2 brand mesin urut ni...nak yg mahal, canggih, murah, biasa2 je semua ada... tinggal pilih n sedia duit je..mesin urut

MUSIM TENGKUJUH

Salam... Pagi ni hujan turun dengan lebat lagi. sama macam semalam. Petanda musim tengkujuh sudah bermula. Kali ni lebih parah daripada beberapa minggu lepas. Dah ramai yang berpindah. Kesian. Boleh bayang tak, dengan baby kecik kesejukan, berhimpit di sebuah dewan penuh dengan orang ramai. Syukur keluargaku x terlibat dengan bencana banjir ini. Rumah kami hanya diresapi air melalui simen di kawasan dapur. Keadaan begitu pun dah rasa rimas, apatah lagi yang betul2 dilanda banjir teruk kan. ok...kena pergi dulu...anak dah meragam... hingga ketemu lagi sih....(loghat jiran tetangga) lots of luv, 20 disember 2014

Saturday, November 29, 2014

takdir

Salam Kita jangan mengeluh dengan takdir yang telah ditentukan

Wednesday, November 19, 2014

Rahsia Anak Pandai Membaca

Siapa yang tak nak anak pandai membaca kan. Tambahan lagi sistem pendidikan sekarang sangat menekankan pencapaian akademik yang cemerlang. Jika anak masuk ke darjah 1 tanpa pandai membaca, mengira dan menulis, anak itu akan menghadapi masalah besar kerana majoriti di sekolah sekarang pelajar darjah 1 sudah mahir membaca.
Cikgu di sekolah tidak dapat menumpukan perhatian kepada murid yang tidak tahu membaca sahaja sedangkan silibus pelajaran mesti dihabiskan dengan masa yang terhad. Ini akan memberi tekanan yang besar kepada murid tersebut. Jadi peranan siapa untuk mengajar anak pandai membaca dari awal usia? Tentu sekali peranan kita sebagai ibu bapa di rumah.
Pengalaman mengajar di Pusat Membaca dan melihat kanak-kanak dari usia 4 tahun sudah pandai membaca memberi inspirasi kepada penulis untuk berkongsi dengan pembaca tentang teknik mudah membaca. Teknik ini sudah terbukti dan penulis ebook telah menemuramah sendiri Puan Rohayati pemilik Pusat Membaca ini tentang bagaimana dia berjaya mengajar anaknya membaca sendiri dalam masa 4 bulan sahaja.
Jika ingin membaca perkongsian ini tuan/puan boleh mendaftar dalam form di bawah dan ebook akan dihantar terus ke emel anda.


Download Ebook Percuma Rahsia Anak Pandai Baca Seawal 3 Tahun