Monday, June 22, 2015

Luahan hati seorang ibu terhadap anak tercinta

Assalamualaikum dan selamat malam.

Masa saya menulis post ni, masa dah menunjukkan pukul 11.19 malam. Masa yang sepatutnya saya sudah menyulam mimpi. Biasa beginilah rutin harian saya. Tidur awal untuk bangun awal pagi nanti. Tambahan pula sekarang ni bulan mulia, Ramadhan Kareem. Tapi malam ni terpaksa korbankan masa menyulam mimpi. Ada banyak sebab. Sebab hakikinya, saya sebagai seorang ibu perlu memastikan anak-anak tercinta sudah terlebih dahulu tidur lena.Pastikan mereka sudah tidur berlapikkan tilam seadanya, berselimut bagi melindungi badan dari hawa sejuk. Baby kecil dah pun tidur. Alahai dia mengamuk sedikit sebelum tidur. Tidur jua sayangku. Si kakak belum mahu melelapkan mata.

Mengalir air mata saya melihat kakak. Dia sama sekali tidak mengerti. Dia masih kecil untuk memahami gelora dihati si ibu. Maafkan ibu sayangku! Baru sebentar tadi ibu marah teramat sangat kepada kakak. Kesalahan yang tidak sebesar mana. Besarnya dosa ibu terhadap kakak.

Kakak tak pernah salah