Salam...
Selamat hari raya...
Macam mana raya anda semua? Meriah ke tak? Mestilah meriah dengan tema yang macam-macam warna kan. Baju semestinya rekaan terkini. Kalau yang ada anak pula, baju untuk anak-anak boleh kata satu almari penuh disediakan. Siang malam mencari baju yang cantik.
Raya bagi saya pula, biasa sahaja. Hanya untuk meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa. Bukan jawapan klise tau! Ikhlas daripada hati. Bila dah meningkat usia ni, perasaan untuk menyambut hari raya dah tak semeriah dulu. Tapi apa yang paling penting masa ni lah boleh menziarahi sanak- saudara.
Raya pertama, saya beraya kat rumah saudara atau lebih tepat lagi pak cik saya. Lepas tu pergi pula rumah mak cik dan sepupu. Tahun ni giliran beraya di rumah mertua. Tapi yang bestnya tetap beraya dengan saudara mara sebelah saya sendiri. Bagus kan encik suami, dia tak kisah pun beraya dengan keluarga siapa dulu atau kemudian.
Seronok sangat dapat beraya dengan pak cik dan mak cik. Bila pandang muka mereka dan tengok keadaan diri mereka, hati sangat tersentuh. Nampak sangat mereka dah semakin uzur. Keadaan tak bermaya. Walau tahu, ajal maut di tangan Tuhan dan tak mengira usia, tapi terasa sedih dalam hati. Risau dengan apa yang akan terjadi di depan hari. Macam tak bersedia lagi untuk menghadapi kemungkinan yang akan berlaku.
Raya bukan sahaja untuk kita menjamu selera di rumah terbuka. Apa kata kita luangkan masa menziarahi saudara mara kita yang masih ada. Kalau hari-hari biasa mungkin sukar untuk kita berjumpa. Jangan sampai kita berpeluang menziarahi jenazah mereka sahaja.
