Monday, June 22, 2015

Luahan hati seorang ibu terhadap anak tercinta

Assalamualaikum dan selamat malam.

Masa saya menulis post ni, masa dah menunjukkan pukul 11.19 malam. Masa yang sepatutnya saya sudah menyulam mimpi. Biasa beginilah rutin harian saya. Tidur awal untuk bangun awal pagi nanti. Tambahan pula sekarang ni bulan mulia, Ramadhan Kareem. Tapi malam ni terpaksa korbankan masa menyulam mimpi. Ada banyak sebab. Sebab hakikinya, saya sebagai seorang ibu perlu memastikan anak-anak tercinta sudah terlebih dahulu tidur lena.Pastikan mereka sudah tidur berlapikkan tilam seadanya, berselimut bagi melindungi badan dari hawa sejuk. Baby kecil dah pun tidur. Alahai dia mengamuk sedikit sebelum tidur. Tidur jua sayangku. Si kakak belum mahu melelapkan mata.

Mengalir air mata saya melihat kakak. Dia sama sekali tidak mengerti. Dia masih kecil untuk memahami gelora dihati si ibu. Maafkan ibu sayangku! Baru sebentar tadi ibu marah teramat sangat kepada kakak. Kesalahan yang tidak sebesar mana. Besarnya dosa ibu terhadap kakak.

Kakak tak pernah salah


Saturday, May 23, 2015

Assalamualaikum.
Macam mana persiapan untuk menghadapi PT3 tahun ni?

Tuesday, May 12, 2015

Friday, May 8, 2015

Bagaimana mahu berubah???

Salam...

Sering kali bila timbul masalah, hati cepat rasa sayu.
masalah dan ujian semua datang daripada Allah SWT.
Masalah untuk menguji kekuatan diri dari dalam.
Ujian juga sebagai pencuci dosa-dosa silam.

Bila mana banyak masalah menimpa, hati terkenang dosa lalu.
Ya Allah izinkan diri ini untuk berubah.
Berubah ke arah kebaikan demi menghapus segala dosa.



Bagaimana mahu berubah?
Terasa tanpa sokongan insan-insan yang tersayang sukar untuk melaksanakannya.

Ya Allah!
Doa saja yang mampu aku lakukan.
Doa seikhlas hati.
Moga hidup sentiasa di bawah redhaMu.
Moga terus istiqomah.
Moga ada insan yang mahu memberi sokongan.

salam sayang,
Ilham Bonda Qaisara

Tuesday, April 28, 2015

Apa jadi bila daftar kelahiran LEWAT????

berdasarkan undang-undang yg telah ditetapkam oleh kerajaan Malaysia, seseorang bayi perlu diftrkan kelahirannya dalam tempoh 14 hari selepas kelahirannya.

fuuhhh...my Ilham bkn setakat lebih 14 hari tapi dekat sebulan baru terhegeh2 nk pergi daftar...selamba jer...tp sebab masalah2 tertentu...lewat la jadi nya...denda? of course la kena...

macam mana nak daftar?....

sape yg layak memohon????,...
1. bapa
2. ibu
3. penjaga
4. individu yg tahu mengenai kelahiran tersebut..

x semestinya tngu hubby je baru nk daftr ya...

nak bawa pe masa nak daftr????
1. borang pendaftran kelahiran/kematian JPN.LM01 yang dah diisi lengkap
2. kad pengenalan diri ibu bapa kandung (asal n fotostat)
3. kad pengenalanpemaklum bukan ibu bapa kandung
4. sijil nikah ibu bapa (asal n fotostat)
5. dokumen buki kelahiran (asal n fotostat)
6. kad pranatal
7. surat pengesahan kelahiran

kalau lambat g daftar macam Ilham?????
1. rm5 antra hri ke 15 hingga 42
2. lebih 42 hari, kompaun dikenakan tidak lebih rm50

selamat mendftar....

Saturday, April 25, 2015

B-Complex Shaklee

Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
§  melancarkan metabolisme
§  melancarkan peredaran darah
§  mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
§  mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
§  memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
§  memlancarkan metabolisme
§  meningkatkan kekebalan tubuh
§  menjaga keseimbangan garam-garam mineral
§  membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
§  mencegah kerosakan urat saraf
§  membantu pembentukan sel darah merah
§  melancarkan metabolisme sistem tubuh
§  mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B?

Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:

·         Lemah sistem saraf
·         Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
·         Pembentukan sel abnormal
·         Mengakibatkan anemia
·         Masalah depresi (tekanan perasaan)
·         Kehilangan daya memori
·         Cepat letih
·         Sesak nafas
·         Insomnia
·         Kurang fokus dan konsentrasi
·         Mudah tersinggung

Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Antaranya;

1.     Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2.     Mengelakkan penyakit beri-beri.
3.     Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4.     Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5.     Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6.     Mencegah stress.
7.     Menguatkan antibodi tubuh.
8.     Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9.     Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10.  Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11.  Mencegah anemia
Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?


1.     Merangsang pertumbuhan.
2.     Meningkatkan kemampuan berfikir.
3.     Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?

1.     Menambah tenaga.
2.     Mengurangkan stress.
3.     Melambatkan proses uban di rambut.
4.     Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?

1.     Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2.     Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
3.     Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

Siapakah yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?


·         Ibu yang menyusukan (Rujuk: Set breastfeeding Shaklee)
·         Ibu yang hamil (Rujuk: Set Kehamilan Shaklee)
·         Ibu yang sedang berpantang (Rujuk: Set Berpantang Shaklee)
·         Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat (Rujuk: Set Kecantikan Kulit Shaklee)
·         Mereka yang ingin mendapatkan anak (Rujuk: Set Kesuburan Shaklee)
·         Mereka yang mengalami masalah migrain (Rujuk: Set Migrain Shaklee)
·         Mereka yang mengalami alahan/eczema (Rujuk: Set Alahan)
·         Mereka yang mengalami masalah rambut (Rujuk: Set Rambut Shaklee)
·         Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol 


gotong royong

Salam...
Tahniah hari ni sekali lagi kerja hari sabtu...
Syabas bete....
Dengan gigihnya dtg buat kerja...
Tapi yang bestnya...my hubby dtg tlg...
Sya????dok berjimba la...nga Ilham tercinta...
Kira sambil2 cari ilham gitu...
Moga2 semua nya ok...

Ni semua utk memastikan EKSA dpt dijalankan dengan jayanya...

Eksa tu bkn seksa tau...tp nk senangkan keje kita...ala mcm 5 s jgk la...