Wednesday, April 1, 2015

Risau 'fly' dengan baby????

Salam...
Terasa 'jakun' bila perlu fly nga baby Ilham...
wauuu...ilham seawal 3 bulan dh nk fly...ibu nya yg terlebih nervous...
buatnya menangis ke...x selesa...nasib baik dri KTG-SBZ ambik masa lebih kurang sejam sahaja...tambah plak ada bantuan drp kakak...fly nga Qaisara, adik n kakak...
syukur sgt2 bila Ilham steady je fly...good boy...x menangis siap tido lena lagi...
of course dia ada menyusu...
Jadi kalau ibu-ibu yg nk fly nga baby jgn teragak2 atau risau ya...teruskan menyusu kerana banyak kelebihan menyusukan bayi masa fly...

Kebaikan penyusuan di dalam penerbangan:
1. Membantu tenangkan bayi kita sepanjang perjalanan.
2. Bayi kita lebih mudah diuruskan.
3. Mengelakkan bayi merasai kesakitan pada telinga akibat perubahan tekanan udara.
4. Mengelakkan bayi meragam dan tidak selesa.

Beberapa tips untuk menyusukan dalam kapal terbang:
1. Pilih tempat duduk yang sesuai semasa pembelian tiket. Jika boleh ambil tempat duduk yang mempunyai ruang kaki ekstra supaya ibu selesa.
2. Kenalpasti polisi syarikat penerbangan tentang penyusuan di dalam pesawat terutamanya jika penerbangan ke luar negara. Kebanyakan syarikat penerbangan adalah mesra penyusuan.
3. Pakai pakaian yang baju menyusu atau yang mesra penyusuan, longgar dan selesa untuk memudahkan penyusuan nanti.
4. Bawa bersama nursing cover atau pakai tudung yang agak labuh untuk memelihara aurat semasa penyusuan.
5. Susukan si comel anda semasa pesawat ingin berlepas dan mendarat kerana pada waktu ini mungkin bayi merasa kurang selesa akibat perubahan tekanan udara.

Tips untuk dewasa dan kanak-kanak yang sudah melebihi 2 tahun pula:

1. Pastikan kita (dan anak-anak) mengunyah, makan atau minum air semasa perjalanan di dalam pesawat untuk membenarkan pergerakan udara di ruang telinga dan tiub Eustachian.
2. Kerapkan menguap.
3. Elakkan tidur semasa pesawat ingin berlepas atau mendarat.
Kakak Qaisara yang terlebih excited (sedang buat dia punya flight sebelum di'terbangkan' ke seat depan)


Tips tambahan untuk menenangkan anak-anak yang menangis dan tak mahu menyusu, yang saya amalkan setiap kali menaiki pesawat:

1. Bawa bersama soft toy/ toys kegemaran anak-anak atau 'bantal atau selimut busuk' mereka. Ini sangat membantu menenangkan mereka.
2. Jika bayi meragam atau menangis, bawa bayi dalam ringsling semasa menaiki pesawat atau gunakan nursing cover untuk menyusu supaya bayi rasa lebih dekat dan rapat dengan ibu.
3. Ibu perlu rileks dan tenang, dan mesti ada kemahiran menyanyi lagu-lagu nursery rhymes kegemaran anak-anak untuk menambat hati mereka. Suara tak sedap pun tak apa. :)

Jadi, ibu-ibu tak perlu risau kalau nak menyusu dalam flight ya. Yang paling penting ibu-ibu confident dan bertenang. Sebab bayi kita dapat mengesan resah, panik atau perasaan kita. Ini akan menyebabkan bayi kita menjadi tak tenang juga. 

P/s : yakin...Allah ada bersama kita...
Jaga diri sendiri juga...

No comments:

Post a Comment